Cara Withdraw Duit Dari ClixSense Ke Akaun Bank Di Malaysia Melalui Payoneer


Cara Keluarkan Duit USD Dari ClixSense Ke Akaun Bank Anda Di Malaysia Melalui Akaun Payoneer




Post kali ini saya nak kongsi bagaimana cara nak withdraw duit dari ClixSense ke akaun bank di Malaysia. 

Cara pembayaran ClixSense anda boleh ditemui di ⇰ FAQ ClixSense. 

Untuk ahli ClixSense Malaysia, ada terdapat 2 cara nak withdraw duit di ClixSense ke akaun bank anda, ini boleh dilakukan melalui akaun Payoneer dan Skrill.


Untuk post kali ini, saya akan terangkan bagaimana cara melakukan withdraw atau cashout duit dari ClixSense ke akaun bank anda melalui e-wallet Payoneer. 


APA ITU Payoneer?



Payoneer adalah e-wallet yang disediakan oleh Syarikat Armor Payments, Inc yang berpusat di New York, Amerika Syarikat. 


Payoneer adalah alternatif terbaik kepada e-wallet yang lain seperti PayPal. 

Sama seperti mana-mana e-wallet yang lain, Payoneer ibarat seperti "CIMB Clicks" atau Maybank2u , kerana ia adalah tempat untuk menyimpan, menerima atau memindahkan "duit digital" atau "duit online" anda ke mana-mana bank di Malaysia. 

Biasanya Payoneer digunakan untuk melakukan urusan seperti deposit atau withdraw duit khususnya dari website yang menggunakan Payoneer sebagai platform untuk urusan-urusan seperti ini. 

Jika anda biasa atau pernah mendengar tentang forex, biasanya ramai pengguna forex atau forex broker menggunakan Payoneer sebagai plaftorm untuk "Top Up" account Forex mereka dan mereka juga boleh menggunakan mana-mana e-wallet yang lain seperti PayPal dan lain-lain.


ClixSense merupakan salah satu laman ganjaran di internet yang menggunakan Payoneer sebagai platform untuk urusan pembayaran kepada ahlinya-ahlinya. 

Nak tahu cara buat duit melalui ClixSense? Klik sini

Melalui ClixSense anda boleh request payment duit USD ke akaun Payoneer anda. Apabila anda sudah menerima duit ClixSense  ke akaun Payoneer anda, anda boleh transfer duit di akaun anda ke mana-mana akaun bank anda di Malaysia seperti CIMB bank, Maybank, RHB bank, dan bank-bank lain di Malaysia. 

Matawang Payoneer biasanya boleh didapati dalam pelbagai currency seperti dalam USD, GBP, EUR, atau currency yang lain, ia terpulang kepada anda untuk memilih currency yang anda suka, tetapi biasanya ramai pengguna Payoneer memilih currency matawang USD kerana ia senang diuruskan.

Untuk daftar akaun Payoneer anda boleh semak pautan ini.⇰Klik Sini.


CARA WITHDRAW DUIT DARI CLIXSENSE KE AKAUN BANK DI MALAYSIA MELALUI PAYONEER.

Login ke akaun ClixSense anda, tekan butang "Cashout" untuk withdraw duit dari akaun ClixSense anda. Tapi sebelum itu anda perlu setkan dan pilih payment method "Payoneer" pada account profile anda. 

Masukkan amount yang anda ingin keluarkan. Biasanya pengeluaran duit ClixSense ke akaun Payoneer anda akan mengambil masa 3-7 hari waku bekerja.

Untuk keluarkan duit ClixSense ke akaun Payoneer, minimum amount yang boleh anda keluarkan adalah sebanyak $50 USD untuk kali pertama. Untuk pengeluaran kali seterusnya anda boleh pindahkan duit ClixSense anda ke Payoneer serendah $20 USD.

Bagi setiap transaksi pengeluaran dari ClixSense ke akaun Payoneer anda, anda dikenakan cas perkhidmatan sebanyak $2 USD.

Cara keluarkan duit dari akaun Payoneer ke akaun Bank anda di Malaysia.



Langkah pertama nak keluarkan duit dari akaun Payoneer. Login ke akaun Payoneer anda, klik butang Withdraw to bank Account.
Langkah seterusnya masukkan jumlah duit yang anda ingin keluarkan. Tekan butang Review untuk melengkapkan transaksi.

Minimum untuk mengeluarkan duit dari Payoneer ke akaun bank anda di Malaysia adalah sebanyak $50 USD. 

Urusan pemindahan duit dari akaun Payoneer ke akaun bank anda di Malaysia akan memakan masa 5-7 hari waktu bekerja.


Catat Ulasan

0 Ulasan